02tembak.transformed.jpg

1 maut, 6 cedera lelaki putus cinta mengamuk

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

LOKASI kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan yang membunuh seorang wanta dan mencederakan enam lagi pada majlis hari lahir di San Diego. – Foto AP

SAN DIEGO: Seorang lelaki yang kecewa putus cinta melepaskan tembakan ke arah tetamu pada majlis hari lahir dan menghubungi bekas kekasihnya supaya beliau mendengar bunyi tembakan dan jeritan, kata polis San Diego semalam.

Peter Selis membunuh seorang wanita dan mencederakan enam lagi dalam kejadian itu sebelum dia dibunuh polis.

Mangsa berketurunan kulit hitam dan Latin manakala Selis berkulit putih, tetapi polis menolak kemungkinan ia berunsurkan perkauman.

“Mangsa berada berhampirannya ketika dia melancarkan serangan. Apa yang bermula sebagai majlis hari lahir seorang rakan bertukar menjadi tragedi bagi mereka yang hadir,” kata Ketua Polis, Shelley Zimmerman.

Selis, 49, kecewa dan tertekan kerana putus cinta baru-baru ini walaupun keluarga dan rakannya yang ditemubual polis Tak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai rancangan jahat itu.

Seorang tetamu, Demetrius Griffin berkata, ketika kanak-kanak bermain dalam kolam mandi, satu keluarga berendam dalam tab panas manakala tetamu lain memakan kerepek dan sosej, Selis terasing daripada 35 orang di majlis itu, duduk berhampiran pintu masuk kolam dengan memakai jaket hitam pada hari panas.

Tembakan bermula selepas lelaki yang meraikan sambutan ulang tahun ke-50 mendekati Selis.

Griffin menyangka rakannya, yang memang baik hati, menjemput Selis menyertai mereka.

Sebaliknya, dia mengeluarkan pistol dan melepaskan dua das tembakan pada bahagian perut tuan rumah dan kemudian menembak ke arah tetamu majlis itu. – AP

1 maut, 6 cedera lelaki putus cinta mengamuk

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *