WhatsApp_Image_2018-05-26_at_9.23.19_PM.jpeg.transformed.jpg

11 kampung di Kulim dilanda banjir kilat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KULIM: Sekurang-kurangnya 11 kampung di daerah ini dan Bandar Baharu terjejas selepas dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak petang tadi.

Hujan yang melanda sejak jam 3 petang itu menyebabkan Kampung Tebuan, Jalan Baru, Sungai Sedim, Klinik Sungai Kob dan Kampung Banggol Penyengat di Kulim dinaiki air.

Di Bandar Baharu pula, kampung yang terjejas ialah Kampung Terap Batu 10, Terap, Batu 12, Kampung Baru, Tengah Serdang, Kampung Badlishah, Sungai Tengas dan Kampung Paya Salak.

KEADAAN kawasan hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Terap. – Foto ihsan APM

Komander Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim/Bandar Baharu, Leftenan Muda (PA) Moktaruddin Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6 petang tadi.

Katanya, akibat kejadian itu, sehingga kini sebanyak 10 buah keluarga dari Kampung Tebuan dan Jalan Baru di Mukim Sedim di pindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Lindungan Raja.

“Jumlah sebenar masih lagi belum diketahui kerana pihak kami masih lagi sedang menjalankan operasi serta pemantauan di kawasan terlibat.

“Seramai 12 anggota APM Daerah Kulim/Bandar Baharu digerakkan di dua kawasan terbabit bagi memulakan operasi pemindahan, ” katanya ketika di hubungi tadi.

Pada masa sama, Moktaruddin berkata, pihak APM ingin menasihati penduduk di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa berjaga-jaga dan menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan jika kawasan mereka di landa banjir kilat.

11 kampung di Kulim dilanda banjir kilat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *