vietfllod.transformed.jpg

11 maut banjir besar di Vietnam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KEADAAN banjir di wilayah Ha Tinh, Vietnam. – Foto Reuters

HANOI: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan beberapa mangsa dilaporkan hilang dalam banjir besar di tengah Vietnam, lapor media kerajaan, semalam ketika ribuan rumah ditenggelami air.

Menurut stesen televisyen kerajaan Vietnam, pihak berkuasa sudah mengarahkan majlis tempatan mengerahkan tentera dan polis untuk menyelamatkan penduduk terperangkap susulan hujan lebat.

Stesen berkenaan melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat banjir manakala kira-kira 27,00 rumah ditenggelami air di wilayah itu.

Pegawai rasmi tempatan, Nguyen Huu Hoai memaklumkan bahawa tujuh kematian berlaku di wilayah Quang Binh tetapi menambah keadaannya semakin reda.

“Kami boleh sampai ke beberapa kawasan yang terpinggir akibat banjir,” katanya. – AFP

11 maut banjir besar di Vietnam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *