WhatsApp_Image_2017-04-14_at_1.17.16_PM.jpeg.transformed.jpg

13 dipilih duta belia TN50

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bergambar bersama 11 Duta TN50 ketika menghadiri sidang media memperkenalkan Duta TN50 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Seramai 13 individu yang berjaya dalam bidang masing-masing dipilih sebagai duta belia Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang berperanan mendekati anak muda bagi mendengar idea dan aspirasi mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata duta TN50 ini juga akan bersama-sama memacu dan merancakkan lagi program dan inisiatif yang dirancang di bawah TN50.

“Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk mencipta dan menganjur pelbagai program TN50 mereka sendiri, di dalam bidang kepakaran masing-masing supaya ilmu itu dapat dimanfaatkan.

“Mereka juga akan membantu memandang dan menganalisa aspirasi yang Di Katakan golongan muda dan bagaimana aspirasi ini dapat dikembangkan agar menjadi lebih bermakna.

“Menjadi harapan saya agar pencapaian dan kejayaan duta yang dipilih ini menjadi contoh dan teladan kepada generasi muda, selain pembakar semangat kita semua untuk turut menyumbang demi masa depan negara tercinta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas memperkenalkan Duta Belia TN50 di sini, hari ini.

Mereka yang dipilih Adalah Naib Presiden Persatuan Penulis dan Ilustrator Buku Kanak-kanak, Sarah Joan Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Saora Industries, Ganesh Muren; Pengasas Teach For Malaysia, Dzameer Dzulkifli.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Beyond Boundaries, Dr Lutfi Fadil Lokman; Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Research, Advisory and Technology (CREATE), Ng Yeen Seen; Presiden Majlis Belia Malaysia, Muamar Ghadafi Jamal; bekas atlet skuasy, Sharon Wee; Ketua Pegawai Inspirasi Gemilang 4e, Zhariff Afandi.

Pakar mamalia laut, Dr Louisa Shohbini Ponnampalam; aktivis golongan kurang upaya, Dr Aizan Sofia Amin; Ketua Pegawai Eksekutif Samudra Oil Services, Shahril Hamdan, Ketua Pegawai Eksekutif BorderPass, Faisal Ariff dan pakar pembedahan plastik yang juga bekas ratu gimnastik negara, Dr Farrah Hani Imran.

13 dipilih duta belia TN50

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *