bsn-logo.jpg.transformed.jpg

13,536 ganjaran untuk penyimpan BSN SSP

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan sebanyak 13,536 ganjaran daripada nilai keseluruhan ganjaran RM17.7 juta kepada penyimpan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP), pada tahun ini.

Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,128 ganjaran akan diberikan pada setiap bulan.

“Cabutan istimewa sebanyak RM1 juta ditawarkan secara berterusan bagi setiap bulan bermula Januari Sampai Disember ini.

“Penyimpan yang mempunyai jumlah deposit atau baki minimum BSN SSP sebanyak RM3,000 dan ke atas, layak menyertai dan disenaraikan dalam cabutan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Melalui konsep baharu BSN SSP pada tahun ini iaitu “12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan”, langkah itu bertujuan menggalakkan simpanan dalam kalangan penyimpan BSN.

“Penyimpan yang menyimpan sekurang-kurangnya RM10 dan ke atas serta simpanan Tak kurang dari tempoh satu hari sebelum cabutan turut berpeluang untuk memenangi sebuah kereta mewah serta ganjaran menarik lain melalui kategori Cabutan Bulanan,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai SSP, boleh layari www.mybsn.com.my.

– BERNAMA

13,536 ganjaran untuk penyimpan BSN SSP

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *