16tempur.transformed_0.jpg

14 penunjuk perasaan bertempur ditahan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYOKONG Presiden Donald Trump (kiri) disembur penyembur lada oleh sekumpulan penentang semasa perarakan di Berkeley, California. – Foto REUTERS

SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya 14 orang ditangkap selepas penentang dan penyokong Presiden Donald Trump bertempur ketika perarakan di Berkeley, California, kata media AS semalam.

Laporan berita berkata beratus-ratus orang berkumpul di taman berkenaan termasuk penyokong Trump yang mengadakan perhimpunan kebebasan bersuara, manakala penentang dasar-dasar Trump menjerit dan melaungkan protes. Akibatnya beberapa pergaduhan tercetus, menurut East Bay Times.

CNN melaporkan 14 orang ditahan berikutan insiden itu.

Bantahan itu dibuat bertepatan dengan tarikh 15 April iaitu tarikh akhir untuk memfailkan cukai AS.

Beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul semalam di bandar-bandar utama di seluruh Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada Trump supaya mendedahkan penyata cukainya, satu langkah ketelusan yang enggan beliau lakukan. – AFP

14 penunjuk perasaan bertempur ditahan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *