17apies2.transformed.jpg

16 kempen pemasaran tempatan diiktiraf

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PETALING JAYA: Sebanyak 16 kempen pemasaran diiktiraf sebagai pemenang anugerah Perak dan Emas di Appies Malaysia 2018 sebentar tadi.

Enam kempen pemasaran menerima anugerah Perak, manakala 10 lagi kempen menerima anugerah Emas menerusi tiga kategori, selain satu anugerah pembentangan terbaik.

Antara yang menerima anugerah emas ialah produk Anchor Dairy dengan kempen pemasarannya “Anchor Twist”.

Kempen pemasaran itu berjaya mencecah empat juta capaian, sekali gus meningkatkan penguasaan pasaran Anchor Dairy sebanyak 20 peratus.

Presiden APPIES Malaysia, Prof. Harmandar Singh bersama Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan & Ketua Pegawai Pengalaman Ketua Kumpulan Kumpulan CIMB, Adam Wee Abdullah (kiri) yang menyampaikan Anugerah Emas kategori Makanan & Minuman Anugerah APPIES 2018 kepada pasukan pemasaran Domino Pizza semasa Persidangan APPIES 2018 di Petaling Jaya. – Foto Aizuddin Saad

Antara penerima anugerah Emas lain ialah Malaysia Airlines Bhd menerusi kempen pemasaran Raya Around The World 2017; Nippon Paint Malaysia (Nippon Paint Child Wellness); Wonda Coffee (International Wonda Coffee Day 2017 dan Stay Strong); PruBSN Anugerah (Sentiasa Disisimu); Grab Malaysia (Grab Driver Acquisition); Dommal Food Services Sdn Bhd (Domino’s Cheese Tarik); Nivea (Turn Nivea into K-Drama style) dan KFC (Made for the bold).

Presiden Appies, Prof Harmandar Singh, berkata anugerah terbabit Adalah pengiktirafan kepada syarikat dan agensi yang menghasilkan kempen pemasaran mereka di Malaysia.

Presiden APPIES Malaysia, Prof. Harmandar Singh dengan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan & Ketua Pegawai Pengalaman Ketua Kumpulan Kumpulan CIMB, Adam Wee Abdullah (kiri) menyampaikan Anugerah Emas kategori Makanan & Minuman Anugerah APPIES 2018 kepada pasukan pemasaran Wonda Coffee semasa Persidangan APPIES 2018 di Petaling Jaya. – Foto Aizuddin Saad

Beliau berkata, sebanyak 44 kempen pemasaran bersaing membentangkan hasil kerja mereka dalam majlis yang berlangung selama dua hari bermula 16 Sampai 17 April.

“Berdasarkan kualiti kempen pemasaran syarikat terkemuka tempatan, ia kini berada di tahap yang sama seperti kempen pemasaran antarabangsa.

“Kebanyakan kempen pemasaran tempatan berjaya mencapai sasaran pelanggan dan meningkatkan penguasaan pasaran mereka,” katanya.

16 kempen pemasaran tempatan diiktiraf

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail