1485008716_hungary.jpg.transformed.jpg

16 terbunuh, bas terbabas langgar tiang jambatan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

16 terbunuh, bas terbabas langgar tiang jambatan di Verona, Italy.- Foto AFP

ITALI: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh malam tadi selepas sebuah bas yang membawa 56 penumpang dari Hungary terbabit dalam kemalangan di sebuah lebuh raya di Verona, utara Itali, lapor pihak berkuasa tempatan hari ini.

Menurut anggota penyelamat, bas yang membawa pelajar berusia 14 Sampai 16 tahun dan beberapa orang guru itu dalam perjalanan pulang dari Perancis terbabas dan melanggar tiang jambatan sebelum terbakar.

Berpuluh-puluh mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Katanya, pemandu bas warga negara Itali antara yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Ketua polis trafik Verona, Girolamo Lacquaniti berkata siasatan awal mendapati nahas itu Tak membabitkan kenderaan lain, masalah mekanikal atau kesilapan manusia seperti pemandu tidur.

“Pemandu mematuhi peraturan had laju dan tiada kesan brek pada jalan. Bas itu terbakar sejurus berlaku perlanggaran,” katanya. – AFP

16 terbunuh, bas terbabas langgar tiang jambatan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *