27bengkel2.transformed.jpg

180 guru ikuti Bengkel ADD BH

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Sebahagian peserta Bengkel ADD BH terdiri guru dari daerah Hulu Selangor tekun mendengar taklimat kepentingan dan fungsi akhbar yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar dalam kelas. – Gambar Rosman Shamsudin

KUALA KUBU BHARU: Seramai 180 guru seluruh daerah Hulu Selangor mengikuti Bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD) Berita Harian (BH) di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Beringin dekat sini, hari ini.

Sepanjang bengkel peserta yang juga tenaga pengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains itu dibekalkan buku panduan penggunaan ADD selain menerima sijil penyertaan daripada pihak BH.

Bengkel dikendalikan tiga guru cemerlang yang juga penulis sisipan pendidikan BH, iaitu Didik. Yang turut hadir ialah Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

Peserta bengkel, Mohamad Jamil Ismail, 45, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, berkata penggunaan akhbar BH banyak membantu guru dalam kelas terutama dalam pendidikan abad ke-21 yang memerlukan penggunaan bahan interaktif.

Beliau berkata, sisipan Didik setiap Isnin Tak dapat dinafikan banyak membantu guru Menciptakan persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun dengan format terkini.

Katanya, akhbar juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar untuk aktiviti dalam pembelajaran dan pengajaran.

180 guru ikuti Bengkel ADD BH

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *