20Sam_Jia_Ler.transformed.jpg

2 bayi perlu sumbangan bedah jantung segera

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dan perempuan yang menghidap masalah jantung, memerlukan bantuan orang ramai bagi membolehkan mereka menjalani pembedahan segera membabitkan kos berjumlah RM120,000.

Karim Kulang, 33, berkata bayinya, Nur Qasdina yang dilahirkan sebulan lalu dengan masalah injap jantung terbalik, memerlukan sumbangan RM70,000 untuk menampung kos pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Beliau yang bekerja sebagai buruh berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dikesan menghidap penyakit ‘transposition of the great arteries’ (TGA) selepas dilahirkan di Hospital Tawau, Sabah.

Katanya, beliau memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM650, manakala isteri, Hendrieta Water Lili, 32, Adalah suri rumah menyebabkan mereka Tak mampu membiayai kos pembedahan Nur Qasdina.

“Bayi kami ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak dilahirkan sebelum dibawa ke hospital ini berikutan tiada kemudahan pembedahan berkaitan jantung di Sabah.

“Pembedahan segera ini akan melalui tiga prosedur, termasuk menutup lubang pada jantung Nur Qasdina,” katanya ketika ditemui di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini, hari ini.

SAM Chi Way (kanan) dan isteri, Lee Siow Huay bersama anak mereka, Sam Jia Ler di Hospital Gleneagle Kuala Lumpur. – Foto Owee Ah Chun

Sementara itu, Sam Jia Ler yang berusia tiga bulan dari Hulu Langat, Selangor pula memerlukan sumbangan RM50,000 untuk menampung kos pembedahan jantung berlubang.

Bapanya yang bekerja sebagai kontraktor, Sam Chi Way, 39, berkata anak kedua itu dilahirkan pramatang ketika kandungan berusia 34 minggu di Hospital Ampang dan turut mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Berikutan kesihatan Jia Ler yang Tak menentu, beliau berkata, isterinya, Lee Siow Huay, 38, berhenti kerja bagi menumpukan penjagaan intensif terhadap bayi mereka itu yang sering perlu diberi bantuan pernafasan.

“Sudah empat hari Jia Ler ditempatkan di ICU pusat perubatan ini dan sedang diberi rawatan antibiotik.

“Bila semuanya pulih nanti, jantung Jia Ler akan dibedah. Oleh itu, kami sangat berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban kami,” katanya.

Katanya, doktor menasihatkan agar pembedahan menampal lubang jantung dilakukan segera berikutan pada usia bayi, lebih cenderung terdedah pada jangkitan kuman.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian dalam bentuk wang tunai atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek, kepada Tabung Kemanusiaan MEDIA PRIMA-NSTP.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Satu, Panggung Riong Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 5141 0532 3170.

2 bayi perlu sumbangan bedah jantung segera

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *