2BF19793AB76C4A39BAEC00612460A42_low.transformed.jpg

2 kapal kontena perlu bayar kos bersih tumpahan minyak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DUA kapal yang terbabit dalam pelanggaran di perairan Pelabuhan Pasir Gudang, timur Selat Johor, malam Selasa lalu.

JOHOR BAHRU: Dua kapal kontena yang terbabit dalam pelanggaran di perairan Pelabuhan Pasir Gudang, timur Selat Johor, malam Selasa lalu, masing-masing diarahkan membayar bon bernilai RM1 juta sebagai jaminan pembersihan susulan tumpahan minyak yang dianggarkan membabitkan 60 metrik tan Marine Fuel Oil (MFO).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat, berkata pemilik kedua-dua kapal juga perlu membayar pampasan kepada 350 nelayan yang terjejas akibat tumpahan itu.

Selain itu katanya, kerja pembersihan tumpahan minyak dijangka mengambil masa sehingga Isnin minggu depan, selain mengesahkan pihaknya turut mengesan terdapat hidupan laut yang wafat,meninggal akibat kesan tumpahan minyak.

“Kita sudah keluarkan arahan penahanan kapal dan mengarahkan bayaran bon RM1 juta setiap kapal terbabit mengikut Seksyen 38 akta sama atau kapal boleh disita mengikut Seksyen 27 akta yang sama. Pemilik kapal bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua kerja pembersihan di laut dan pantai sehingga kerajaan berpuas hati.

“Selain itu, mengikut Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pemilik kapal juga dikehendaki menurunkan semua muatan bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa berkaitan kes itu di Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) di sini, hari ini. Yang turut hadir Pengarah JAS Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor, Muhammad Razif Ahmad.

Ayub berkata, kerja membersihkan tumpahan minyak itu dijalankan sejurus perlanggaran berlaku dan mengesan kebocoran tangki kapal kontena berkenaan.

Katanya, kerja pembersihan dilakukan agensi kerajaan dan swasta termasuk JAS, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Kecemasan Pasir Gudang (PAGEMA) dan Lembaga Pelabuhan Johor.

Selain itu beliau berkata, pihaknya turut meminta Jabatan Perikanan mengumpul maklumat jumlah kerugian dan nelayan yang terjejas akibat tumpahan minyak itu.

Kejadian yang berlaku pada 11.05 malam, berpunca daripada kerosakan janakuasa kapal Kontena MT Wan Hai 301 yang berdaftar di Singapura, lalu hilang kawalan dan melanggar kapal kontena MT APL Denver yang berada berdekatan Sampai menyebabkan berlaku tumpahan minyak dari kapat MT APL Denver.

2 kapal kontena perlu bayar kos bersih tumpahan minyak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *