bhgari24-o_BHfield_image_listing_featured.var_1558682755.jpg

2 lelaki jual gari di Facebook ditahan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA PILAH: Polis menahan dua lelaki yang memiliki dan menjual gari secara haram di laman sosial Facebook, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok, berkata suspek pertama yang ditahan di Melang Adalah penghantar barang berusia 21 tahun, manakala suspek kedua Adalah jurujual berusia 24 tahun yang menyerah diri di IPD Kuala Pilah.

Katanya, siasatan awal mendapati gari itu yang dijual pada harga RM120 seunit, dijual kononnya sebagai kunci motosikal.

“Siasatan lanjut mendapati dua lelaki itu direkrut oleh seorang lelaki berusia 22 tahun untuk menjalankan urusan menjual gari melalui sebuah syarikat yang beroperasi di Perlis.

“Suspek kedua yang ditahan sudah menjadi ejen kepada syarikat tersebut sejak dua bulan yang lalu dengan bayaran sebanyak RM2,500 untuk menjadi ejen dan diberi stok sebanyak 60 unit gari,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Haslah berkata, suspek kemudian mencari beberapa jurujual untuk strategi pemasaran di mana mereka akan mempromosikan gari itu dalam sosial media untuk mendapatkan pelanggan.

Katanya, jurujual itu kemudian akan maklumkan kepada suspek untuk urusan penghantaran secara pos atau diserah secara berdepan.

“Suspek kedua pula menggunakan khidmat suspek pertama bagi tujuan penghantaran secara terus dengan bayaran RM100 setiap penghantaran,” katanya.

Katanya, penahan suspek Adalah susulan daripada maklumat yang tular dalam Facebook kononnya gari itu dijual untuk tujuan mengunci motosikal.

Jenis gari yang dirampas polis. – Ihsan PDRM

“Bagaimanapun tindakan orang awam yang menyimpan gari atau apa-apa peralatan polis yang lain Adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 89 Akta Polis,” katanya yang turut menemui 20 gari berserta kunci daripada suspek.

Katanya, dua suspek itu kini direman selama selama empat hari bermula hari ini.

2 lelaki jual gari di Facebook ditahan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *