mayatmsnagjdsarewha.transformed.jpg

2 mangsa bot karam ditemui lemas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KAPIT: Dua pekerja syarikat pembalakan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka naiki karam Khamis lalu, ditemui wafat,meninggal lemas dalam keadaan terapung di Sungai Baleh, hari ini.

Jenazah mangsa pertama, Gomes Hillary Jugah, 35, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.20 pagi, manakala Jenazah Tang Choo Yew, 33, ditemui jam 1.26 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintedan Freddy Bian, berkata Jenazah pertama ditemui terapung di kawasan Nusa Wun yang terletak dua jam perjalanan dari lokasi bot karam oleh pekerja syarikat pembalakan yang menyertai SAR.

Jenazah mangsa lemas dibawa ke Hospital Kapit untuk bedah siasat. – Foto ihsan PDRM

Beliau berkata, Jenazah mangsa kedua pula ditemui penduduk kampung di kawasan tebing Sungai Baleh berhampiran Sempilih, tersangkut pada kayu balak hanyut.

“Jenazah dihantar ke Hospital Kapit bagi proses bedah siasat dan pengecaman. Keadaan air Sungai Baleh yang deras kerana hujan di kawasan Hulu Baleh menyebabkan Jenazah ditemui jauh dari lokasi bot itu karam,” katanya.

Freddy berkata, operasi SAR yang disertai penduduk kampung, pekerja syarikat balak, polis dan bomba ditamatkan jam 3 petang tadi.

Dalam kejadian Khamis lalu, bot yang dinaiki lima pekerja syarikat balak karam selepas dipukul arus deras ketika menyeberangi Sungai Baleh.

Tiga daripada mereka termasuk pemandu berjaya berenang ke tebing sungai, namun dua yang lain hanyut dibawa arus.

2 mangsa bot karam ditemui lemas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *