JH180217FH001.jpg.transformed.jpg

2 mangsa cedera tragedi basikal dibenarkan pulang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MOHD Zulfadhli Yusri. – Foto Mohd Fahmi Mohd Yusof

JOHOR BAHRU: Dua daripada lapan mangsa cedera yang terbabit kemalangan sekumpulan remaja berbasikal dirempuh kereta, di Jalan Lingkaran Tengah, awal pagi Sabtu lalu, akan dibenarkan pulang hari ini.

Dua remaja terbabit iaitu Mohd Zulfadhli Yusri, 19, dan Mohd Farhan Chemat, 16, yang masing-masing patah kaki kanan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Aman Rabu, berkata empat lagi yang masih dirawat ialah Muhd Arif Salman, 15, Muhammad Fitri Muhamad Fatoni, 17, Mohammad Arasshat Abdullah, 14, dan Muhammad Abdul Samad Abd Kadir, 16.

Katanya, dua lagi yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Adalah Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, dan Muhd Nazri Mahmudi, 13.

“Empat mangsa yang cedera sudah selesai menjalani pembedahan, manakala dua lagi akan dibedah dalam tempoh terdekat. Dua pesakit yang dibenarkan pulang perlu mendapatkan rawatan susulan, selain mendengar nasihat doktor,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md Ariff, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Sabtu lalu, lapan remaja maut, manakala lapan lagi parah selepas sekumpulan remaja berbasikal dirempuh sebuah kereta.

2 mangsa cedera tragedi basikal dibenarkan pulang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *