13_marudu.transformed.jpg

2 maut tertimbus

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA MARUDU: Dua lelaki maut ditimbus tanah selepas motosikal dinaiki terjatuh dalam kejadian jalan raya runtuh di Kilometer 36, Jalan Marak Parak/ Ranau, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jaimin Bien, 46, dari Kampung Tandahawon dan Edmon James, 22, dari Kampung Melangkap.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.

ANGGOTA bomba melakukan operasi bagi mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, pagi tadi. – Foto ihsan IPD Kota Marudu

Katanya, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Jaimin dilaporkan terjatuh dalam runtuhan berkenaan, sebelum kedua-dua mangsa ditimbus tanah.

“Anggota polis bersama bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bergegas ke tempat kejadian.

“Jenazah kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh pihak bomba,” katanya di sini, hari ini.

2 maut tertimbus

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *