MALI.transformed.jpg

20 militan tumpas di Mali – Perancis

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEKURANG-KURANGNYA 20 anggota militan terbunuh atau ditahan tentera Perancis di wilayah bergolak di utara Mali.- Foto fail AFP

PARIS: Sekurang-kurangnya 20 anggota militan terbunuh atau ditahan tentera Perancis di wilayah bergolak di utara Mali.

Ketua Turus Perancis berkata, dalam kejadian pada 5 April itu, seorang anggota tentera turut terkorban.

Anggota tentera Perancis yang menyertai Operasi Barkhane di Sahel yang terletak di selatan Gurun Sahara melancarkan serangan pada Sabtu lalu dengan menyasarkan kumpulan militan di barat daya Gao.

“Sejak Sabtu lalu, pasukan Barkhane melancarkan operasi yang menyebabkan hampir 20 anggota militan tumpas di kawasan hutan di Foulsare berhampiran sempadan Mali dan Burkina Faso,” menurut satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap tentera, Kolonel Patrik Steiger memberitahu AFP, mereka terbabit dibunuh atau ditangkap tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Jet pejuang Mirage Perancis dilaporkan mengebom beberapa pangkalan tentera di kawasan hutan, iaitu kawasan persembunyian kumpulan tentera militan. – AFP

20 militan tumpas di Mali – Perancis

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *