22belud3.transformed.jpg

2,132 mangsa banjir di Kota Belud

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BELUD: Seramai 2,132 mangsa banjir daripada 704 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara di daerah ini, setakat jam 7 pagi ini.

Mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Tun Said, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan Muhibah Tombol, SMK Taun Gusi Satu, Dewan SMK Arshad dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan.

Lokasi lain ialah di Dewan SK Taun Gusi dan Dewan Gopog Taginambur susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Kawasan di Pekan Kota Belud yang dinaiki air susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. – Foto ihsan JBPM Sabah

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud, berkata setakat ini kawasan terjejas membabitkan 26 kampung.

“Antara kampung berkenaan termasuk Kampung Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok, Sembirai, Lingkodon, Linau dan Lebak Moyoh.

“Bagaimanapun, banjir di beberapa kampung sudah surut dan laluan utama ke Kota Belud juga sudah boleh dilalui,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Di Tuaran, seramai 238 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan setakat pagi ini di SMK Sri Nangka, Tuaran dan Masjid Kampung kembang, Tenghilan.

Sebahagian mangsa-mangsa banjir dan sukarelawan saling membantu bagi menyediakan makanan di pusat pemindahan sementara di Dewan Tun Said di Kota Belud, semalam. – Foto Edmund Samunting

2,132 mangsa banjir di Kota Belud

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *