sadrletop.transformed.jpg

24 maut letupan bom di Baghdad

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ORANG ramai berkumpul di lokasi letupan pengebom bunuh diri di daerah Syiah dekat Bandar Sadr. – Foto Reuters

BAGHDAD: Jumlah kematian dalam dua letupan pengebom bunuh diri di daerah Syiah dekat Bandar Sadr, hari ini meningkat kepada 24 orang, manakala lebih 60 cedera.

Sumber polis berkata, penyerang pengebom bunuh diri menunggang motosikal menuju kedai telefon mudah alih yang dipenuhi pengunjung.

Susulan kejadian itu, polis menutup kawasan terbabit bagi mengelakkan berlaku serangan lanjut.

Kumpulan militan IS mengakui bertanggungjawab dalam letupan itu dan menambah, anggota mereka sudah menyerang pasukan keselamatan Iraq di pinggir bandar semalaman. – REUTERS.

24 maut letupan bom di Baghdad

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *