baluch.transformed.jpg

28 terkorban akibat banjir di Pakistan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ISLAMABAD: Angka kematian akibat hujan lebat di Pakistan meningkat kepada 28 orang selepas jumlah rumah runtuh bertambah di barat daya dan barat laut, kata pegawai.

Mereka berkata, seramai 17 orang terkorban sejak tiga hari lalu di barat daya wilayah Baluchistan, sementara enam lagi terkorban di wilayah Khyber Pakhtunkhwa terletak di barat laut dan lima lagi di kawasan dikuasai puak lain bersebelahan.

Empat wanita dan enam kanak-kanak antara yang terkorban, sementara 50 lagi cedera di kedua-dua wilayah berkenaan.

Pegawai di wilayah tengah Punjab berkata, mereka masih menganggarkan jumlah kerosakan yang berlaku di kawasan-kawasan terjejas. – AFP

28 terkorban akibat banjir di Pakistan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *