3menarab.jpg.transformed.jpg

3 lelaki Arab dapat pampasan daripada Kanada

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DARI kiri; Muayyed Nureddin, Abdullah Almalki dan Ahmad El Maati. – Foto Reuters

OTTAWA: Kanada memohon maaf secara rasmi kepada tiga rakyatnya berketurunan Arab yang mendakwa mereka didera di Syria selain menyalahkan perkhidmatan risikan Kanada di atas pengalaman pahit yang mereka lalui.

Kerajaan Liberal itu berkata mereka bersetuju membayar pampasan kepada Ahmad El Maati, Abdullah Almalki dan Muayyed Nureddin yang memperjuangkan kes terbabit selama satu dekad.

Ketiga-tiga lelaki itu ditahan berasingan ketika memasuki Syria antara 2001 dan 2003. Mereka mendakwa disiksa dan disoal siasat. Malah ada antara soalan yang ditanya berdasarkan maklumat yang hanya boleh didapati dari Kanada.

Menteri Keselamatan Awam, Ralph Goodale dan Menteri Luar, Chrystia Freeland dalam kenyataan mengemukakan permohonan maaf kepada ketiga-tiga lelaki terbabit diatas apa juga tindakan pegawai Kanada berhubung dengan penahanan, layanan jelek dan sebarang kemudaratan yang mereka alami.

Jurucakap Goodale, Dan Brien menolak untuk mendedahkan jumlah pampasan yang Akan diterima ketiga-tiga lelaki itu.

Bagaimanapun, akhbar The Toronto Star melaporkan pada Februari lalu penyelesaian kes itu pasti berlaku dan ia membabitkan perjanjian mencecah jutaan dolar Kanada.

Reuters

3 lelaki Arab dapat pampasan daripada Kanada

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *