rusia_cropped.transformed.jpg

3 negara setuju wujud zon selamat di Syria

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

RUSSIA, Iran dan Turki memeterai satu perjanjian, untuk menubuhkan empat zon selamat di Syria.- Foto AFP

ASTANA: Russia, Iran dan Turki memeterai satu perjanjian, untuk menubuhkan empat zon selamat di Syria.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik perjanjian itu dan menyifatkannya sebagai langkah terbaik untuk mengurangkan kesan perang selama enam tahun itu.

Namun, Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mengenai peranan Iran, walaupun pada masa sama berharap perjanjian itu akan membuka ruang penyelesaian bagi konflik itu.

Dalam pada itu, beberapa delegasi puak pemberontak dilapor meninggalkan mesyuarat sebagai bantahan terhadap Iran, iaitu sekutu rejim Bashar al-Assad, ketika majlis menandatangani perjanjian berlangsung.

Difahamkan, rancangan untuk menubuhkan kawasan itu turut dibincangkan dalam perbualan telefon antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin, yang bertujuan ‘meredakan konflik’.

Perjanjian itu menggariskan satu gencatan dan sekatan terhadap semua penerbangan serta penghantaran segera bantuan kemanusiaan ke kawasan ditetapkan, selain peluang untuk pelarian kembali ke kampung asal masing-masing

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata beliau menyambut baik perjanjian itu sambil menekankan kepentingan ia dilaksanakan untuk memperbaiki kehidupan penduduk Syria. – AFP

3 negara setuju wujud zon selamat di Syria

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *