16kelab1.transformed.jpg

3 penjelajah negara sedia tawan Kutub Utara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Tiga Akan penjelajah Kutub Utara 2017 KE7B, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin, 35, Shahrom Abdullah, 38, Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37 bersama Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles, serta pasukan sokongan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu ketika menjalani latihan membina stamina, membiasakan diri dengan cuaca sejuk dan berada di tempat yang tinggi baru-baru ini. – Foto ihsan KE7B

PUTRAJAYA: Tiga penjelajah Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) selesai menjalani latihan peringkat kedua di puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu, Sabah sebelum memulakan Ekspedisi Kutub Utara 2017 pada April depan.

Penasihat KE7B Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles, berkata ekspedisi itu akan disertai Ikon Sukan Lasak Negara, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin, 35; Atlet Duatlon dan Triatlon Negara, Shahrom Abdullah, 38, dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.

“Ketiga-tiga peserta yang menjalani latihan di Gunung Kinabalu itu sudah bersedia mengharungi cabaran dengan memastikan tahap stamina berada dalam keadaan terbaik, membiasakan diri dengan keadaan sejuk dan di kedudukan tinggi.

“Mereka mempunyai baki selama tiga bulan sebelum mempersiapkan diri untuk memulakan ekspedisi, malah dalam tempoh ini juga, mereka perlu meningkatkan latihan dan melepasi rintangan untuk bersedia menghadapi situasi sebenar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tiga Akan penjelajah Kutub Utara 2017 KE7B, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin, 35, (kanan) bersama Shahrom Abdullah, 38, (kiri) serta Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37, (tengah) berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu ketika menjalani latihan membina stamina, membiasakan diri dengan cuaca sejuk dan berada di tempat yang tinggi baru-baru ini. – Foto ihsan KE7B

Akmar menjelaskan, peserta terbabit akan menjalani latihan fasa akhir pada Februari ini di Korea Selatan bagi memahirkan penggunaan ski, selain membiasakan diri berdepan dengan cuaca sejuk.

Sementara itu, Muhammad Muqharbbin, yang juga Presiden KE7B, berkata mereka Akan berhadapan dengan suhu melampau sehingga negatif 40 darjah Celsius iaitu di bawah paras beku.

“Kutub Utara yang terletak di tengah Lautan Artik mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding Kutub Selatan dan ini Adalah antara cabaran besar yang Akan kami hadapi kerana perlu membiasakan dengan cuaca sejuk beku.

“Selain itu, Kutub Utara yang terletak di tengah lautan juga memberi cabaran kepada kami untuk meletakkan tanda lokasi Kutub Utara, berbeza dengan Kutub Selatan yang mempunyai titik Ceremonial dan titik Geografi yang ditanda.

“Bagaimanapun, kami akan mempersiapkan diri dengan menjalani latihan akhir di Korea bagi berhadapan dengan cabaran yang Akan ditempuh sepanjang eksplorasi,” katanya.

3 penjelajah negara sedia tawan Kutub Utara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *