1485663707_trump30.jpg.transformed.jpg

30 hari untuk tentera bentang pelan tangani Daesh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PRESIDEN Donald Trump memberi tempoh selama 30 hari kepada jeneral tentera untuk merancang strategi bagi menangani kumpulan militan Daesh. – Foto www.yahoo.com

WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi tempoh selama 30 hari kepada jeneral tentera untuk merancang strategi bagi menangani kumpulan militan Daesh.

Arahan eksekutif itu yang ditandatangani semalam, dibuat susulan kritikan Trump terhadap kegagalan pentadbiran Presiden Barack Obama menangani isu pengganas, pada kempen pilihan raya lalu.

Dalam arahan itu turut mengkehendaki satu ‘strategi dan pelan menyeluruh untuk menewaskan militan Daesh’, sekali gus menandakan lebih banyak pasukan dan kelengkapan tentera akan dikerah ke Iraq dan Syria.

Malah Pentagon yang diketuai Setiausaha Pertahanan, James Mattis juga diberi tanggungjawab untuk merangka pelan perubahan mengenai polisi dasar sekatan dan peraturan bagi menentang militan Daesh.

Ia termasuk menyekat penyaluran dana dan bantuan kewangan terhadap kumpulan berkenaan.

Menurut Kremlin, Trump dan rakan sejawatannya, Presiden Russia, Vladimir Putin, dalam perbualan telefon baru-baru ini, bersetuju bekerjasama bagi menentang Daesh di Syria.

“Kita perlu hapuskan Daesh. Kita Tak mempunyai pilihan lain,” kata Trump dalam satu temu bual dengan Fox News yang disiarkan Khamis lalu. – AFP

30 hari untuk tentera bentang pelan tangani Daesh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *