bhkesihatan14-O_BHfield_image_listing_featured.var_1581667548.jpg

350 penduduk jalani pemeriksaan kesihatan percuma

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

LANGKAWI: Seramai 350 penduduk memperolehi manfaat menerusi program Media Prima Medical Outreach yang berlangsung di Dewan Persatuan Pendidikan Akhlak Chee Boon Kor di sini, hari ini.

Seawal jam 8.30 pagi, masyarakat setempat Tak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma berkaitan jantung yang dikendalikan kakitangan Institut Jantung negara (IJN).


Pengunjung melakukan pemeriksaan kesihatan pada program Media Prima Medical Outreach di Dewan Persatuan Pendidikan Akhlak Chee Boon Kor, Langkawi. – NSTP/Hamzah Osman

Surirumah, Saerah Mohd Jais, 56, berkata usaha penganjur wajar dipuji kerana memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan jantung.

“Memang baik program ini dan kalau boleh, adakan dengan lebih kerap supaya ramai penduduk dari kawasan pedalaman mendapat faedah,” katanya yang menetap di Kampung Sungai Menghulu, di sini.

Nelayan, Zakaria Ishak, 61, berkata dia berusaha tiba awal di tempat program bagi memastikan Tak terlepas peluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan kakitangan IJN.

“Kalau mahu pergi IJN jauh dan perlukan kos tinggi, jadi bertuahlah kerana mereka datang ke sini untuk Menciptakan pemeriksaan percuma,” katanya yang menetap di Kampung Penarak.

Sementara itu, Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat, Derma dan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Muhammad Nazim Ismail, berkata program yang berlangsung selama dua hari membabitkan 65 sukarelawan mewakili Briged Sukarelawan Media Prima-New Straits Times Press (NSTP) (Briged Sukarelawan), IJN dan Langkawi Youth Power Club.

“Tujuannya, memberi peluang dan memudahkan masyarakat di Langkawi terutama golongan berpendapatan rendah yang berhadapan kesulitan kos untuk Menciptakan pemeriksaan kesihatan jantung.

“Lebih mengujakan Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka turut menghadiri program sama esok di Masjid Nurul Islam Kampung Sungai Itau,” katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, antara aktiviti sampingan termasuk pemeriksaan saringan kesihatan kanak-kanak, demonstrasi melukis potret menggunakan teknik semburan airbrush oleh pelukis, Mazlan Said, 65, dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Pada pertengahan program, suasana lebih meriah Bila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melakukan aktiviti berbasikal di kawasan berhampiran turut meluangkan masa meninjau dan melakukan pemeriksaan kesihatan.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi.

350 penduduk jalani pemeriksaan kesihatan percuma

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail