22mustafar.transformed.jpg

4,500 PATI ditahan dalam Ops Mega

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

GEORGETOWN: Jabatan Imigresen menahan 4,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Mega di seluruh negara selepas tamat program E-kad sejak 1 Julai lalu sehingga semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata 89 majikan turut ditahan, dengan beberapa daripada kes sudah didakwa di mahkamah.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali (tengah) ditemui media semasa hadir pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan negeri sempena sambutan Ulang Tahun ke-79 Yang Dipertua Negeri Nusa Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang. Mustafar dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’. NSTP/DANIAL SAAD

Beliau berkata, pihaknya turut menahan 135 pendatang PATI dalam Ops Mega di dua lokasi di negeri ini, awal pagi tadi.

“Dalam operasi bermula jam 4 pagi itu, kita menahan 40 wanita warga asing yang menjalankan aktiviti Tak bermoral di premis hiburan di Bukit Mertajam.

“Kita turut menahan 95 buruh binaan di sekitar Bayan Lepas, dengan kebanyakannya Adalah warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-79 Yang di-Pertua Nusa Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Mustafar menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

4,500 PATI ditahan dalam Ops Mega

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *