HQ050517AT001.jpg.transformed.jpg

49 pengurus cawangan Bank Rakyat diiktiraf FAA

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Seramai 49 pengurus cawangan Bank Rakyat dalam Program Akreditasi Pengurus Cawangan bagi fasa pertama diiktiraf oleh Agensi Akreditasi Kewangan (FAA) kerana mencapai standard dan kelayakan dalam sektor kewangan Islam negara.

Program dengan kerjasama FAA itu membabitkan seramai 147 pengurus cawangan pada fasa pertama.

ZULKIFLEE Abbas Abdul Hamid

Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid, berkata program itu Adalah inisiatif Bank Rakyat untuk meningkatkan standard pengurus cawangan yang bertanggungjawab dalam menguruskan cawangan masing-masing dan pada masa sama membawa jenama Bank Rakyat.

“Pencapaian ini menjadikan Bank Rakyat sebagai bank pertama di Malaysia yang melengkapkan program Akreditasi Individu FAA ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Program Akreditasi Pengurus Cawangan berkenaan terdiri daripada tiga fasa, dan 47 peserta fasa kedua sedang menunggu keputusan manakala program fasa ketiga dijangka tamat pada akhir 2017. – BERNAMA

49 pengurus cawangan Bank Rakyat diiktiraf FAA

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *