klawjdiowjdalsmls.transformed.jpg

5 pelajar Malaysia ikuti kursus kepemimpinan di Jepun

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TOKYO: Penerimaan lima pelajar sulung tajaan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Perlis mengikuti kursus Kepemimpinan Wanita oleh Josai International University (JIU) membuka ruang kerjasama lebih erat di antara YTF, JIU dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Lima pelajar berkenaan membabitkan tiga dari UniMAP, iaitu Lim Xin Shi, 25; Khuzaimah Ramli, 25, dan Nurul Najwa Halim, 24, (UniMAP), manakala dua lagi dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), iaitu Nurul Afizan Yaakob, 24, dan Nor Salihah Zaini, 24.

Pemangku Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata ketiga-tiga pihak yang mengadakan perbincangan di ibu negara Jepun di sini semalam telah mencapai beberapa keputusan memberangsangkan.

Katanya, UniMAP bersetuju menjadi tuan rumah satu Lembaga bagi memantapkan hubungan, termasuk berkongsi kekuatan atau kelebihan dalam aspek pengukuhan kepemimpinan wanita, pengurusan alumni, keusahawanan dalam pendidikan dan konsep wakaf universiti.

“Selain menjemput kepemimpinan utama JIU, beberapa universiti di ASEAN dan luar ASEAN yang mempunyai hubungan rapat dengan UniMAP akan dijemput menyertai Lembaga berkenaan pada tahun ini,” katanya sebelum berlepas pulang ke Malaysia semalam.

Zul Azhar menyertai delegasi YTF ke Tokyo sempena penerimaan lima pelajar tajaan YTF oleh JIU untuk mengikuti kursus kepemimpinan wanita selama setahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin, memberitahu kerjasama YTF-JIU-UniMAP dalam Program Kepemimpinan Wanita akan dikembangkan, membabitkan peserta dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Beliau yang juga bekas Naib Canselor UniMAP, berkata YTF akan menjemput pelajar Jepun ke Malaysia untuk mendalami aspek kewangan syariah, manakala satu entiti bagi menyelaras segala urusan dengan Pusat ASEAN di JIU Akan diwujudkan oleh UniMAP.

Sementara itu, lima pelajar terbabit yang teruja mengikuti kursus berkenaan, berterima kasih kepada YTF dan berjanji menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk mempelajari budaya, sosial dan Tips kepemimpinan Jepun serta masyarakatnya yang dikaitkan dengan disiplin tinggi dan ketepatan masa.

Khuzaimah pula yakin program itu akan membantu mereka menjadi pemimpin dalam kalangan wanita yang berjaya pada masa hadapan, manakala Nurul Afizan berkata, YTF Menciptakan pengorbanan besar membiayai kursus mereka di JIU. – BERNAMA

5 pelajar Malaysia ikuti kursus kepemimpinan di Jepun

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *