jawatan.transformed_0.jpg

6 muka baharu antara 18 Menteri Muda angkat sumpah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIGA muka baharu dilantik Menteri Muda Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (kanan), Dr Abdul Rahman Ismail (tengah) dan Dr Abdul Rahman Junaidi mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri hari ini. – Foto Jabatan Penerangan.

PETRA JAYA: Seramai 18 Menteri Muda Kabinet Negeri Sarawak mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, enam Adalah muka baharu yang dilantik memegang jawatan Menteri Muda, manakala 12 Adalah Menteri Muda dalam Kabinet sebelum ini.

Muka baharu terbabit ialah Dr Abdul Rahman Junaidi, Dr Abdul Rahman Ismail, Dr Annuar Rapaee, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Malcom Mussem Lamoh dan Datuk Dr Penguang Manggil.

Selain itu, 12 muka lama yang dikekalkan ialah Datuk Mohd Naroden Majais, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Francis Harden, Datuk Talip Zulpilip, Datuk Lee Kim Shin, Liwan Lagang, Datuk Len Talif Salleh, Datuk Dr Jerip Susil, Datuk Julaihi Narawi, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Rosey Yunos dan Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Daripada jumlah itu, dua Adalah calon langsung Barisan Nasional (BN) yang menang di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) pada 7 Mei lalu iaitu Rosey dan Dr Jerip.

Jawatan Timbalan Speaker DUN Sarawak yang kosong berikutan pelantikan Sagah sebagai Menteri Muda pula diisi Pakar Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Turut hadir pada majlis tertutup itu, isteri Yang Dipertua, Toh Puan Ragad Kurdi Taib; Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu, tiga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Abang Johari Openg serta Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

6 muka baharu antara 18 Menteri Muda angkat sumpah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *