bhruntuh11-o_BHfield_image_listing_featured.var_1570749884.jpg

65 penduduk terpaksa pindah akibat tanah runtuh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Seramai 65 penduduk sebuah pangsapuri di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala, di sini, terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka terjejas akibat tanah runtuh, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh berhampiran pangsapuri itu pada jam 9.08 malam.

“Sepasukan enam anggota bomba bersama 13 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) dan sebuah jentera diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Ismail, Mohd Zuhair Faisal Zulkifli dikerah ke lokasi kejadian.

SERAMAI 65 penduduk sebuah pangsapuri di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka terjejas akibat tanah runtuh.

KEROSAKAN yang berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala, akibat tanah runtuh di bahagian belakang pangsapuri berkenaan malam tadi, Sampai menyebabkan 65 penduduknya dipindahkan sementara ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail.

“Sebaik tiba 10 minit kemudian, pasukan mengesan terdapat kejadian tanah runtuh di belakang pangsapuri terbabit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pangsapuri dalam keadaan yang Tak selamat untuk diduduki dan seramai 65 penghuni dari 24 unit kediaman terpaksa dipindahkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua penduduk terbabit dipindahkan sementara ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail.

Operasi turut membabitkan anggota BBP Cheras, BBP Keramat dan dibantu pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Polis pula berada di lokasi kejadian bagi melakukan kawalan keselamatan juga ada Menciptakan kawalan keselamatan.

Operasi turut ditangguhkan buat sementara dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

65 penduduk terpaksa pindah akibat tanah runtuh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *