kuls.transformed.jpg

7 empangan catat bacaan kritikal

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – Foto Mohd Fadli Hamzah

SANTUBONG: Tujuh empangan merekodkan bacaan semakin kritikal dengan baki takungan air hanya di bawah 50 peratus, sementara satu empangan daripadanya hanya mampu tampung permintaan air kurang daripada sebulan.

Tujuh empangan itu termasuk Empangan Timah Tasoh, Perlis (27.6 peratus); Empangan Bukit Merah, Perak (20.2 peratus) Empangan Beris, Kedah (25.9 peratus); Padang Saga, Kedah (33.9 peratus); Labong, Johor (12.43 peratus); Bukit Kwong, Kelantan (6.9 peratus) dan Empangan Muda, iaitu 30.45 peratus.Empangan Bukit Merah hanya mampu bertahan selama 20 hari, Empangan Timah Tasoh (sebulan); Empangan Labong (tiga bulan); Empangan Padang Saga (sebulan) serta tiga bulan bagi Empangan Beris.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar mahu rakyat menggunakan secara jimat air bersih yang disalurkan menerusi paip pada musim panas ketika ini.

Katanya, penurunan paras air empangan utama ini bukan saja menjejaskan permintaan bekalan bagi tujuan pengguna domestik, tetapi juga kepada sektor pertanian.

Ditanya sama ada proses pengepaman air bawah tanah dapat dibuat bagi menampung permintaan di sektor pertanian, Wan Junaidi berkata, buat masa ini ia sukar dilakukan, malah boleh mendatangkan Akibat lebih besar terhadap alam sekitar termasuk kehilangan air dalam tasik.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Projek Pengawalan Hakisan Pantai dan Pemuliharaan Muara Sungai Buntal, Kuching di sini, sebentar tadi.Turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid serta calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

7 empangan catat bacaan kritikal

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *