rumahhkebakarann.transformed.jpg

7 maut kebakaran hutan tenggara AS

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KEADAAN bangunan yang terbakar di Gatlinburg, Tennessee. – Foto AP

WASHINGTON: Tujuh maut dalam kebakaran besar hutan di tenggara Amerika Syarikat (AS) yang merebak sehingga ke destinasi pelancongan di wilayah pergunungan.

Bencana itu juga memaksa ribuan penduduk dipindahkan serta memusnahkan ratusan struktur dan prasarana, lapor media AS hari ini.

Barah marak lebih pantas susulan Bayu kuat selepas kemarau yang dianggap terburuk dalam tempoh sedekad sehingga memusnahkan sebahagian kawasan di timur Tennessee dengan dua bandar resort peranginan kini dalam risiko.

Tujuh yang maut itu sudah dikenal pasti namun pihak berkuasa berkata tiga daripadanya terbunuh dalam sebuah rumah manakala mangsa keempat dalam hotel yang hangus dan tiga lagi di kawasan kediaman yang sama, lapor Knoxville News Sentinel.

Sementara itu, kira-kira 40 lagi mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan.

Barah marak berhampiran taman tema terkenal, Dollywood, yang diasaskan oleh Seniman legenda, Dolly Parton, yang terletak di kawasan pelancongan Pigeon Forge. – AFP

7 maut kebakaran hutan tenggara AS

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *