Mogadishuasd.transformed.jpg

7 terkorban serangan restoran di Mogadishu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KEADAAN kenderaan yang musnah akibat serangan di Mogadishu. – Foto AFP

MOGADISHU: Seramai tujuh orang maut dalam satu serangan oleh militan al Shabaab di sebuah restoran tepi pantai dekat ibu negara Somalia, kata seorang jurucakap pihak berkuasa bandar itu hari ini.

“Seramai sembilan orang termasuk dua pengganas Shabaab terbunuh dalam serangan semalam itu, kata jurucakap bandar Mogadishu Abdifatah Halane kepada AFP.

Pengganas yang ada kaitan dengan Al Qaeda itu meletupkan sebuah bom kereta dekat Restoran Pantai Banadir di Pantai Lido sebelum berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Restoran berkenaan dikatakan popular di kalangan orang muda pegawai kerajaan.

Sekurang-kurangnya 20 orang berjaya menyelamatkan diri dari restoran itu ketika ia diserang. Pihak berkuasa mengesahkan hari ini semua pengganas berjaya ditumpaskan.

Komander Polis, Abshir Bishaar memberitahu Agensi Berita Kebangsaan Somali, sembilan orang maut dalam serangan pengganas itu, lima daripadanya orang awam, dua pasukan keselamatan dan dua lagi militan yang melancarkan serangan. – AFP

7 terkorban serangan restoran di Mogadishu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *