10HASANANAWAWI.transformed.jpg

70 hari di Balkan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEBAIK saja dimaklumkan bahawa pesawat sudah memasuki ruang udara Malaysia, perasaan Wira Daratan, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman melonjak kegembiraan kerana akhirnya beliau kembali menjejakkan kaki ke tanah air.

Katanya, tiada siapa yang boleh menduga akan untung nasibnya sepanjang 70 hari mengayuh secara solo di lapan negara Balkan bermula 21 September lalu.

“Satu pengalaman yang bercampur baur Bila berdepan dengan masalah cuaca, ketahanan mental, kesihatan, bahasa, pertukaran wang asing dan bermacam-macam kerenah manusia di negara dikunjungi.

TANPA rasa segan Hasan membawa kotak besar menaiki tram dari Mestre ke Venice.

GADIS Napoli bergambar dengan Hasan ketika mereka berjumpa di Venice.

“Bermula dengan cuaca panas yang melampau di Tehran, Iran dan di pertengahan berakhir dengan cuaca sejuk ke tahap beku di Croatia serta Bosnia Herzegovina, sebelum berakhir dengan dingin di Venice, Itali.

“Syukur, alhamdulillah saya mampu menempuhi dengan jayanya. Begitu juga tahap kesihatan pun berkeadaan baik,” katanya kepada BH.

Jika percubaan mengelilingi dunia pada 2001-2002 yang lalu, tapak permulaan dan penamat penjelajahan di Malaysia, Hasan Tak menghadapi masalah untuk membawa basikalnya, tetapi kali ini ia berbeza Bila berakhir di Venice, Itali.

Menurut beliau, hanya kaki kembara basikal yang tahu caranya, namun amat sukar hendak mencari kotak besar bagi mengisinya, kecualilah di tempat sendiri, Kuala Lumpur mudah ditemui.

“Tips yang sama, iaitu memasukkan basikal dalam kotak dan menempatkan dalam ruangan bagasi kapal terbang seperti ketika bermula di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), 19 September lalu mungkin digunakan.

“Daripada perbualan dengan petugas hotel, mereka memberitahu kotak paling besar bagi mengisi peti sejuk, atau kotak ‘pallet’ motosikal dan harganya mahal.

“Kalau hendak juga, kena pergi ke bandar Mestre kira-kira enam kilometer dari Venice dan untuk ke sana kena naik tram. Kalau naik teksi tambangnya amat mahal walaupun dekat,” katanya.

Katanya, ketika menaiki tram dari Mestre ke Venice, ramai yang menjeling kehairanan ketika beliau membawa kotak besar.

HASAN menunjukkan kotak berisi basikalnya ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada September lalu.

HASAN mencari kotak besar Sampai ke bandar Mestre yang jauhnya enam kilometer dari Venice.

“Lantaklah apa orang cakap. Yang penting kotak bagi mengisi basikal sudah ditemui. Kalau Tak kenalah tinggal basikal ini di Itali seperti khemah dan baju sejuk, saya berikan kepada orang di Litsana.

“Yang penting, basikal bertuah saya ini sampai ke Kuala Lumpur,” katanya.

Kesempatan berada di Itali, beliau dan isteri melawat tempat menarik di sekitar Mestre dan Venice yang juga dipanggil Kota Air atau Kota Apung.

“Piazza San Marco, Jambatan Rialto (Rialto Bridge), Pasar Rialto, muzium Istana Doge (Palazzo Ducale), Saint Mark Basilica dan Muzium Correr antara yang dikunjungi. Memandangkan musim sejuk, kenalah pakai baju tebal.

“Saya difahamkan penggambaran filem James Bond, Casino Royale pernah dilakukan di kota pelancongan berkenaan.

“Tak lengkap percutian anda di Venice kalau Tak menaiki perahu yang didayung pengemudinya. Begitu romantik sekali sekiranya menaikinya pada waktu senja,” katanya.

Hasan yang merentasi lapan negara, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

70 hari di Balkan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *