23kenya.transformed.jpg

73 maut, lebih 100 hilang susulan ribut di Sri Lanka

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JUMLAH kematian akibat tanah runtuh dan banjir teruk di Sri Lanka meningkat kepada 80 orang hari ini . – Foto AFP

COLOMBO: Jumlah kematian akibat tanah runtuh dan banjir teruk di Sri Lanka meningkat kepada 80 orang hari ini selepas 13 lagi Jenazah ditemui pasukan penyelamat dengan 118 mangsa dilaporkan masih belum ditemui.

Kerajaan negara Nusa itu memaklumkan pihak tentera meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hilang sejak beberapa insiden tanah runtuh melanda kawasan pergunungan itu beberapa hari lalu.

Di Colombo dan kawasan pinggir bandar, beribu-ribu rumah kekal tenggelam biarpun ada petanda air sedang surut. Sejumlah 243,000 orang masih berada di pusat perlindungan sementara di seluruh negara setakat semalam.

Penyelaras usaha mencari dan menyelamat, Mejar Jeneral Sudantha Ranasinghe, berkata satu Jenazah dan bahagian tubuh manusia ditemui semalam. – AP

73 maut, lebih 100 hilang susulan ribut di Sri Lanka

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *