binhdinh.transformed.jpg

8 maut banjir landa tengah Vietnam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

HANOI: Lapan orang maut di Vietnam akibat banjir selepas hujan lebat berterusan dengan empat lagi dilaporkan masih hilang di bahagian tengah negara itu.

Menurut ramalan kaji cuaca, hujan dijangka akan lebat lagi di kawasan terbabit.

Seorang pegawai bencana tempatan di Binh Dinh – wilayah yang teruk dilanda banjir, hari ini berkata seramai lapan terkorban dan pihak berkuasa masih mencari empat yang dilaporkan hilang itu.

Menurut pihak kerajaan, sejak banjir berlaku pada 12 Disember lalu, masing-masing seorang terkorban di wilayah Khanh Hoa dan Thua Thien Hue.

Bencana itu turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur, pertanian dan ternakan musnah.

Menurut laporan itu, cuaca sejuk dari utara dijangka mengakibatkan hujan lebat berterusan sehingga esok.

Vietnam tengah Adalah Keliru satu kawasan miskin negara itu dan mengalami bencana banjir sebanyak tiga kali iaitu sejak Oktober dan mengorbankan lebih 60 orang. – AP

8 maut banjir landa tengah Vietnam

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *