bhair9-o_BHfield_image_listing_featured.var_1570628299.jpg

80 rumah dinaiki air

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JELEBU: Sebanyak 80 rumah di Taman Pertang, dekat sini, dinaiki air susulan hujan lebat sejak jam 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jena, bagaimanapun mengesahkan sehingga kini belum ada penduduk yang dipindahkan.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pertang berada di lokasi untuk melakukan pemantauan.

“Kita juga sudah bersedia menggerakkan anggota ke lokasi sekiranya penduduk perlu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Sebahagian rumah penduduk yang dinaiki air selepas hujan yang turun sejak jam 5 petang di Taman Pertang, Jelebu. – Foto Abnor Hamizam Abd Manap

“Tinjauan anggota polis di Balai Polis Pertang pula mendapati hujan sudah berhenti dan paras air mula surut,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Osman Dusa, berkata penduduk sudah membersihkan rumah masing-masing selepas air mula surut pada jam 8 malam tadi.

Katanya, kebanyakan rumah penduduk serta jalan berhampiran taman menghala ke Simpang Pertang, dinaiki air sehingga paras betis.

80 rumah dinaiki air

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *