capture-20180717-090038-horz.jpg

A.Aida Akan Nikahi Kekasih 18 Tahun Lebih Muda

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Selepas menerima lamaran kekasihnya pada 5 Julai lalu, penerbit popular Datuk A. Aida dilaporkan Akan menamatkan zaman jandanya Sabtu ini.

Memetik laporan Kosmo!, A. Aida, 47, dan Wan Ariff Aziz, 29, Akan bernikah dalam sebuah majlis yang akan berlangsung pukul 9 malam di kediamannya yang terletak di Ampang, Selangor.

Terdahulu, A. Aida menerima kejutan daripada kekasih berbeza usia 18 tahun itu yang melamarnya dengan menyerahkan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian sebagai simbolik lamaran.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali iaitu pada 1994 termasuk bersama vokalis kumpulan Spring, Ameng.

Selepas itu, A. Aida berjumpa jodoh dengan seorang anggota polis sebelum bercerai dan dengan Suffian Sulaiman pada 2007.

Namun perkahwinan ketiganya turut menemui kegagalan Bila bercerai pada 2013.

A.Aida Akan Nikahi Kekasih 18 Tahun Lebih Muda

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *