c22309322aab24a2dd420d9c5c4c8b53.jpg

AAM cabar keputusan menteri belia dan sukan di mahkamah

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Persatuan Automobil Malaysia (AAM) mengambil tindakan di mahkamah mencabar keputusan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membatalkan pendaftaran persatuan sukan permotoran di Malaysia.

Persatuan itu melalui firma guaman Tetaun Raja, Darryl & Loh, memfailkan semakan kehakiman bagi memohon perintah penangguhan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 April tahun lalu.

Menurut dokumen mahkamah yang dilihat oleh Malaysiakini hari ini, Hakim Mariana Yahya membenarkan AAM pada 28 Mei tahun lepas untuk meneruskan semakan kehakiman terhadap responden, yang cuma dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam permohonan semakan kehakiman.

Pada 23 Mac tahun lepas, Malaysiakini melaporkan Syed Saddiq mempertahankan langkah kerajaan untuk menggantung AAM sebagai pihak berkuasa sukan permotoran negara, memetik persatuan itu kerana didakwa melanggar syarat-syarat Akta Pembangunan Sukan 1997.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas pelantikan Mokhzani Mahathir menerajui kepimpinan Persatuan Motorsports Malaysia (MAM), badan yang akan mengambil alih peranan AAM.

Mokhzani (gambar, atas) Adalah anak kedua Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mengikut afidavit sokongan yang ditandatangani oleh Pengerusi AAM, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, 79, persatuan itu memohon mahkamah untuk membatalkan keputusan pembatalan oleh Syed Saddiq yang terkandung dalam surat menteri kepada AAM bertarikh 7 Jan, 2019.

“Pada 9 Januari 2019, pemohon (AAM) telah menerima surat bertarikh 7 Januari 2019 daripada responden (menteri belia dan sukan) yang memaklumkan pemohon bahawa Kementerian Belia dan SUkan tidal lagi mengiktiraf pemohon sebagai FMN (National Motorsports Federation) (untuk FIM – Federation Internationale de Motocyclisme) pengurusan di Malaysia.

“Pemohon Tak diberi peluang untuk didengar dan tiada alasan telah diberikan (keputusan pembatalan),” kata Mudzaffar.

Beliau berkata sebagai maklum balas kepada surat daripada menteri itu, beliau telah menulis surat bertarikh 18 Januari 2019 bagi pihak AAM kepada menteri.

Walau bagaimanapun, kata Mudzaffar tiada jawapan daripada menteri.

“Pemohon terkilan dengan keputusan pembatalan kerana keputusan tersebut Adalah, di dalam undang-undang, Tak mengikut perlembagaan, ultra vires dan bertentangan dengan akta, Tak adil dan Tak wajar dari segi prosedur, Tak senonoh, dan satu kemungkiran keadilan asasi dan kewajipan untuk bertindak dengan saksama dan Tak wajar.

“Selanjutnya, keputusan pembatalan Tak dibuat dengan suci hati dan Adalah untuk niat yang Tak wajar,” katanya.

Di bawah undang-undang, istilah Latin ulta vires merujuk kepada tindakan melampaui atau di luar bidang kuasa yang sah bagi satu-satu perkara.

Beliau mendakwa keputusan menteri membatalkan AAM Adalah prosedur yang Tak wajar dan Tak adil kerana ia Tak mengandungi sebarang alasan untuk pembatalan pendaftaran AAM sebagai badan sukan.

Menurut Mudzaffar lagi, sebarang keputusan sedemikian untuk membatalkan boleh mengakibatkan pelanggaran hak-hak asas di bawah Perlembagaan Persekutuan, alasan yang wajar patut diberikan oleh menteri.

“Saya telah dinasihatkan oleh peguam Tips pemohon dan sesungguhnya percaya bahawa keputusan pembatalan pendaftaran pemohon sebagai satu badan sukan sepatutnya dipersoalkan sebagai keputusan yang Tak wajar dan berlawanan,” katanya.

[Baca berita penuh]

AAM cabar keputusan menteri belia dan sukan di mahkamah

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail