taibumau.transformed.jpg

Abang Johari pilihan tepat – Taib Mahmud

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

YANG di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud menyerahkan surat perlantikan sebagai Ketua menteri Sarawak kepada Datuk Abang Johari Abang Openg di Astana Negeri, Petra Jaya, hari ini. – Foto BERNAMA

PETRA JAYA: Pemilihan Datuk Abang Johari Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu Adalah keputusan tepat dalam memastikan kesinambungan kemajuan negeri.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berkata ia seiring pengalaman luas Abang Johari dalam politik dan kepemimpinan negeri, lebih-lebih lagi beliau turut dilahirkan dalam keluarga pemimpin.

“Cukup lama saya mengenali beliau (Abang Johari), begitu juga ayahnya, Allahyarham Tun Abang Openg (Abang Sapiee).

“Dari muda, beliau diberi pendedahan terhadap bidang kepemimpinan oleh ayahnya, malah mempunyai ciri-ciri kepemimpinan ayahnya.

“Abang Johari pernah menganggotai Kabinet Sarawak ketika saya mengetuai kerajaan negeri. Beliau seorang yang cukup berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya,” katanya.

Abdul Taib berkata, Abang Johari mempunyai kemahiran perhubungan awam yang baik, malah ia satu kelebihan untuknya mendekati rakyat.

“Benar, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem meninggalkan legasi pentadbiran cemerlang bagi negeri ini, malah pencapaian arwah Adalah yang terbaik.

“Justeru, pengganti Allahyarham harus meneruskan legasi kecemerlangan itu. Dengan segala pengetahuan dan pengalaman luas dimiliki Abang Johari, saya yakin beliau mampu melaksanakan tugas dengan barisan mantap kepemimpinan negeri sedia ada,” katanya.

Abang Johari pilihan tepat – Taib Mahmud

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *