12najibtwit.transformed_0.jpg

Abdul Latif Romly, anda luar biasa – PM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

CATATAN terbaharu Datuk Seri Najib Razak dalam twitter beliau di https://twitter.com/NajibRazak?ref_src>twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Eauthor.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik, Abdul Latif Romly yang meraih pingat emas ketiga negara serta mencipta rekod dunia dan kejohanan di Sukan Paralimpik Rio 2016, malam ini.

“Cipta tiga rekod dunia dalam satu malam, pecahkan rekod sendiri. Abdul Latif Romly, anda luar biasa! Tahniah, emas ke-3 #MAS di #Rio2016 #Paralympics. #TerbangLatifTerbang,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman rasmi Twitternya, malam ini.

Atlet berusia 19 tahun dari Kangar, Perlis itu yang beraksi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) mencatat jarak 7.60 meter pada lompatan kelima beliau di Stadium Olimpik.

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m Adalah milik beliau sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu, manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang dilakukan pada edisi 2012 di London.

Sebelum ini, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih pingat emas pertama untuk negara melalui acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) dengan catatan 12.07 saat.

Muhammad Ziyad Zolkefli pula merangkul emas acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan lontaran sejauh 16.84 meter, sekali gus mencipta rekod baharu dunia. – BERNAMA

Abdul Latif Romly, anda luar biasa – PM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *