bayikesin.transformed.jpg

Adik Kyairiel meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KEADAAN adik Kyairiel Mikhail yang kritikal ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

SEREMBAN: Selepas 13 hari dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), adik Kyairiel Mikhail, 3, yang pernah menjadi bayi paling berat di negara ini, menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

 Ibunya, Yusnurlina Mohd Yusoff, 27, berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu disahkan meninggal dunia jam 2.35 pagi selepas mengalami masalah pernafasan.

“Keadaannya kritikal sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) HTJS 13 hari lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan pendarahan dalaman pada perut.

“Walaupun terlalu sedih, saya dan suami (Khairul Shafiq Nor Azmi, 28) reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih sayangkan adik Kyairiel Mikhail,” katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini, BH melaporkan Kyairiel Mikhail dimasukkan ke PICU HTJS dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Pada Februari 2014, BH melaporkan Kyairiel Mikhail yang ketika itu berusia setahun, mempunyai berat badan 18.1 kilogram (kg) iaitu lebih berat daripada abangnya yang berusia lima tahun, tanpa diketahui puncanya.

Dia juga Tak mampu mengiring, meniarap atau duduk dengan sendiri, malah Tak mampu Santap makanan pejal selain mudah dijangkiti penyakit, termasuk demam dan batuk.

Adik Kyairiel meninggal dunia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *