Untitled.jpg

Adira hamil anak kedua: Datuk Red idam anak lelaki

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

HASRAT  penyanyi Adira Suhaimi untuk menambah bilangan cahaya mata sebelum berusia 30 tahun nampaknya Akan tercapai Tak lama lagi.

Suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red, mengesahkan penyanyi yang baharu sahaja tampil dengan single Sembunyi ini, hamil lima bulan.

Menurut lelaki berusia 40 tahun itu, Adira dijangka Akan bersalin anak kedua mereka September depan.

“Alhamdulillah, rezeki Allah. Musuh jangan dicari. Ya betul Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah. Kali ini saya impikan anak lelaki. Saya Senang anak ramai.

“Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua. Lepas tu nak rehat (ketawa),” jelasnya mengulas foto Adira yang dimuat naik di Instagramnya kelihatan sudah mempunyai ‘baby bump’.

Adira, 27, berkahwin dengan Pakar perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun.

Adira hamil anak kedua: Datuk Red idam anak lelaki

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *