WhatsApp_Image_2018-05-11_at_4.17.21_PM.jpeg.transformed.jpg

Adly Zahari dilantik Ketua Menteri Melaka baharu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AYER KEROH: Pakar Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, sebentar tadi.

Surat pengisytiharan watikah pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim.

Adly, 47, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, menggantikan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dari Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Rabu lalu, Adly yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang kejuruteraan elektrik menewaskan dua pencabarnya, Datuk Yunus Hitam dari BN dan Muhamat Bedol dari PAS dengan majoriti 3,159 undi.

Pakatan Harapan memperoleh majoriti mudah selepas menguasai 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

KETUA Menteri Melaka yang baharu, Adly Zahary menandatangani surat pelantikan jawatan Ketua Menteri Melaka yang ke-11 di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di Seri Negeri, Ayer Keroh. – Foto Khairunisah Lokman

Adly Zahari dilantik Ketua Menteri Melaka baharu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *