13adriana.transformed.jpg

Adriana 'goda' Aiman Hakim

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon baharu, Adriana Adnan. Gambar kecil, Aiman Hakim Ridza. – Foto NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Adriana Adnan, 22, menegaskan dirinya Tak tahu menahu bagaimana gosip percintaan bersama Aiman Hakim Ridza boleh timbul.

Adriana berkata, hubungan antara mereka Adalah sekadar kawan sekerja memandangkan masing-masing sedang menjalani penggambaran bersama menerusi drama, Urusan Hati Cik Drama Queen.

“Sejujurnya saya Tak tahu bagaimana gosip sebegini boleh timbul kerana kami hanya berkomunikasi ketika bekerja. Malah, tiada sebarang komunikasi pun selepas waktu bekerja. Jadi, sudah tentu saya terkejut Bila ada gosip mengatakan kami bercinta.

“Jika benar saya menggoda Aiman pun, ia hanyalah dalam adegan Urusan Hati Cik Drama Queen. Dalam drama itu, memang saya membawa watak penggoda. Begitupun, kami berdua bekerja secara profesional dan tiada hubungan cinta antara kami ketika ini.

“Saya harap, gosip terbabit Tak lagi dipanjangkan kerana saya enggan membuatkan mana-mana pihak berasa kurang selesa. Fokus saya ketika ini Adalah pada kerjaya seni, bahkan pengajian saya juga masih berbaki dua tahun lagi,” katanya kepada BH Online.

Selain Adriana dan Aiman, Urusan Hati Cik Drama Queen turut dibintangi oleh Scha Alyahya, Ozzlyn, Randy Pangalila, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

“Takut juga menantikan reaksi penonton kerana buat julung kalinya saya membawakan watak penggoda dan ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan watak dalam Suri Hati Mr Pilot. Semoga pertaruhan kedua saya ini membuahkan hasil,” kata Adriana.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, pelajar jurusan akaun itu Akan menjayakan pula telefilem arahan Osman Ali yang berjudul Jula Juli Bintang Tiga.

Adriana 'goda' Aiman Hakim

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *