lero23.transformed.jpg

Aguero patut belanja kami Santap malam: Guardiola

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MANCHESTER: Pengendali Manchester City Pep Guardiola menyarankan kepada Sergio Aguero untuk mengadakan jamuan Santap malam bersama pasukan selepas penyerang Argentina itu menyamai rekod jaringan terbanyak pasukan Bila meledak satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Burnley, semalam.

Jaringan yang terhasil menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 itu meletakkan Aguero, 29, pada 177 gol, menyamai rekod Eric Brook.

“Aguero patut beri penghargaan kepada kami. Mungkin dia patut jemput kami Santap malam,” kata Guardiola secara berseloroh. “Satu lagi gol dan ia akan berlaku selepas ini.”

“Gembira dengan kemenangan ini dan juga gol ke 177 saya. Kami akan pergi lebih lagi!! Ayuh City!!!” kata Aguero menerusi akaun Twitter miliknya.

PEMAIN Manchester City, Leroy Sane (tengah) berjaya menewaskan penjaga gol Burnley untuk jaringkan gol ketiga pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad. – Foto AFP

Bagaimanapun, Burnley membantah keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti itu yang dirasakan Guardiola satu keputusan tepat selepas Bernardo Silva dikasari penjaga gol lawan, Nick Pope.

“Ia Adalah penalti. Bernardo disentuh oleh penjaga gol. Dia menyentuh kaki Bernardo dan menjatuhkannya,” kata Guardiola.

Dengan kekalahan mengejut 2-1 dialami United kepada pendatang baharu, Huddersfield Town, City kini berkelebihan lima mata untuk menerajui carta Liga Perdana Inggeris.

PENJAGA gol Burnley, Nick Pope menyelamatkan percubaan pemain City Kevin De Bruyne pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad. – Foto AFP

Malah kemenangan semalam menyaksikan City turut menyamai rekod 11 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

“Rekod Adalah cukup hebat sekiranya kamu menjulang trofi. Ia lebih bermakna. Namun sudah tentu bukan mudah untuk menang 11 perlawanan berturut-turut.” – AFP

Aguero patut belanja kami Santap malam: Guardiola

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *