13ahok.transformed.jpg

Ahok menangis semasa beri keterangan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama digelar Ahok, tiba di Mahkamah Daerah Jakarta Utara, untuk dibicarakan atas tuduhan menghina Islam. – Foto AFP

JAKARTA: Gabenor Jakarta beragama Kristian yang dibicarakan atas tuduhan menghina Islam, menangis di mahkamah ketika menceritakan peranan ibu bapa angkatnya yang beragama Islam dan menegaskan Tak pernah berniat menghina agama itu.

Ia Adalah hari pertama perbicaraan yang mencabar reputasi Indonesia bagi mengamalkan bentuk sederhana Islam, menggoyangkan kerajaan dan mendedahkan perbezaan agama dan keturunan di negara paling ramai umat Islam itu.

Ia didahului dengan bantahan besar-besaran sejak enam minggu lalu di Jakarta menentang Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama.

Ahok, sekutu Presiden Joko Widodo, berhadapan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah.

Beliau ialah etnik Cina pertama menjadi gabenor Jakarta dan penganut Kristian pertama dalam lebih lebih setengah abad.

“Sebagai seseorang yang membesar dalam persekitaran Islam, mustahil bagi saya menghina agama itu,” katanya.

Kontroversi itu meletus pada September Bila video tersebar di online menunjukkan Ahok secara berjenaka berkata penduduk diperdaya jika percayakan pencabarnya yang menegaskan al-Quran melarang umat Islam mengundi pemimpin bukan Islam.

Beliau bertanding sebagai gabenor untuk penggal kedua pada pilihan raya dijadualkan Februari ini.

Kumpulan anti dan pro-Ahok berkumpul di luar mahkamah tetapi dipisahkan oleh polis.

Perbicaraan itu disiarkan secara langsung. Bantahan 4 November lalu di Jakarta menentang Ahok bertukar ganas, dengan satu kematian dan puluhan lagi cedera. – AP

Ahok menangis semasa beri keterangan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *