image281829.jpg

Aishwarya Rai punya 2.9 juta pengikut dalam tempoh lima hari

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BINTANG Bollywood popular, Aishwarya Rai baharu sahaja membuka akaun Instagramnya lima hari lalu.

Menariknya, walaupun baru lima hari dan hanya mempunyai 31 gambar di galeri Instagramnya dengan menggunakan nama @aishwaryaraibachchan_arb, dia kini sudah mempunyai pengikut sebanyak 2.9 juta .

Memetik laporan media, sumber memberitahu, akaun itu Adalah media sosial rasmi dan disahkan sendiri oleh pengurusnya.

“Akaun tersebut Adalah Instagram rasmi bintang berkenaan yang disahkan sendiri oleh pengurusnya,” katanya.

Instagram milik Aishwarya Rai kini sudah mendapat pengesahan dari pihak Instagram.

Rata-rata di ruang komen dibanjiri dengan ucapan manis dan berharap agar bintang ini kerap berkongsi gambar serta video menarik.

Aishwarya Rai punya 2.9 juta pengikut dalam tempoh lima hari

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *