09khalid1.transformed.jpg

Akan guru harus miliki ciri kepimpinan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Akan guru harus memiliki beberapa ciri yang mempamerkan kepimpinan dan kebijaksanaan dalam membentuk anak-anak bangsa Malaysia bagi membina negara bangsa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ciri-ciri kepimpinan itu juga membabitkan pembangunan modal insan dan sahsiah diri.

“Seorang guru juga harus memiliki kebijaksanaan dalam urusan berkaitan ekonomi, politik dan negara malah apa juga yang boleh membawa kejayaan kepada diri dan negara.

“Justeru, siswa hari ini perlu bersiap sedia menghadapi Industri Revolusi 4.0 Bila dunia pendidikan akan datang Akan beralih dari buku teks kepada tanpa kertas dan memasuki digital,” katanya selepas merasmikan Program Konvensyen Kepimpinan Siswa Guru Kebangsaan 2018 (KOSIG’18) di Akademi Kenegaraan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua dari kanan) merasmikan program Konvensyen Kepimpinan Siswa Guru Kebangsaan 2018 di Akademi Kenegaraan. – Foto Supian Ahmad

Hadir sama, Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Ibrahim Saad; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dan Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG), Dr Rusmini Ku Ahmad.

Bertemakan Siswa Guru Pemacu Aspirasi TN50, KOSIG’18 yang berlangsung semalam sehingga 10 Mac ini dihadiri lebih 250 peserta Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) lPGM seluruh Malaysia.

Penganjuran program ini bertujuan menyediakan platform berbeza untuk melahirkan pemimpin siswa yang mempunyai aras pemikiran intelektual menerusi perkongsian intelektual bersama tokoh pemimpin negara.

Selain memantapkan semangat cinta negara dalam kalangan pemimpin pelajar yang menjurus kepada nilai perpaduan sebagaimana yang digariskan dalam matlamat identiti nasional.

Program ini juga diadakan untuk menyemaikan elemen kesopanan dan kesusilaan, program ini turut memastikan pemimpin masa hadapan memiliki nilai etika dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam falsafah pendidikan kebangsaan dan ideologi rukun negara menepati cetusan aspirasi Transformasi Nasional 20150 (TN50).

Akan guru harus miliki ciri kepimpinan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *