Ariff-Aziz9.jpg

Akan Suami A.Aida Kesal Dihina Netizen

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Berita mengenai penerbit popular Datuk A. Aida Akan berkahwin dengan lelaki muda dikenali sebagai Ariff Aziz, mendapat pelbagai reaksi netizen.

Tak kurang juga ada yang melemparkan kata-kata negatif gara-gara usia antara dia dan Akan isterinya yang dianggap terlalu jauh berbeza.

Kesal dengan kritikan-kritikan tersebut, pemuda berusia 29 tahun itu meminta netizen berhenti daripada terus mengecam dirinya juga A.Aida. Sebaliknya berharap semua pihak mendoakan yang baik-baik buat mereka.

“Dalam sejarah Islam sendiri iaitu pada zaman Nabi kita perkahwinan membabitkan pasangan yang berbeza usia ini sudah berlaku. Jadi, Bila saya nak berkahwin dengan Aida, kenapa kena hina?

“Walaupun secara luaran Aida nampak ‘happy go lucky’, tetapi jauh di sudut hatinya dia sedih dengan perkara ini. Pesan saya kepada netizen, sila jaga tepi kain sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan di sebuah akhbar.

Walaupun begitu, kecaman tersebut mengganggu persiapan majlis pernikahannya dengan A. Aida 48, yang Akan berlangsung pada Sabtu ini.

..

Kisah cinta pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf ini dengan A. Aida semakin mendapat perhatian umum selepas dia melamar wanita yang telah dikenalinya lebih empat tahun itu di sebuah restoran dengan menyerahkan cincin bertatah berlian dalam suasana yang begitu romantik.

Akan Suami A.Aida Kesal Dihina Netizen

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *