uriaraffat_1534771162.jpg

Aktivis keamanan, Uri Avnery meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BAITULMAQDIS: Aktivis keamanan, Uri Avnery, yang mengadakan pertemuan secara terbuka dengan pemimpin Palestin, Yasser Arafat pada 1982, meninggal dunia pada usia 94 tahun, di sebuah hospital di Tel Aviv.

Pertemuan itu berlangsung ketika perang tercetus antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dipimpin Arafat, yang kemudiannya digelar sebagai pengganas oleh negara itu.

Peristiwa bersejarah itu juga berlaku sewaktu pencerobohan Israel ke atas Lubnan dan Avnery dilaporkan menyeberangi barat Beirut dari wilayah timur yang dikuasai Israel.

URI Avnery dan Yasser Arafat (kanan). – Foto fail AFP

“Pertemuan itu Adalah yang pertama antara Arafat dengan rakyat Israel dan daripada perspektif ini, ia boleh dianggap sebagai ‘peristiwa bersejarah’,” kata Avnery dalam tulisannya yang disiarkan dalam akhbar Haaretz pada Februari lalu.

Beberapa rundingan rahsia yang berlaku selama satu dekad membawa kepada perjanjian damai sementara dengan PLO, sekali gus membentuk negara Palestin. – Reuters

Aktivis keamanan, Uri Avnery meninggal dunia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *